BIG DATA AND ANALYTICS
https://www.avnet.com/industrial-iot
Berdasarkan pautan di atas.
IoT Perindustrian (IIoT) menyediakan teknologi asas yang diperlukan untuk menyokong Industri 4.0 dan langkah ke arah produktiviti yang lebih tinggi.
Avnet komited untuk membolehkan transformasi digital anda kepada Industri 4.0. Portfolio penyelesaian IIoT kami tersedia sekarang dan berkembang. Kami menyediakan teknologi yang memudahkan untuk memanfaatkan kuasa IIoT.
Untuk menyokong ini, Avnet menghasilkan pelbagai sumber untuk memberi inspirasi dan mendidik. Kami meliputi sebanyak mungkin, daripada pandangan peringkat atasan IIoT, kepada cara Ethernet pasangan tunggal mengubah landskap komunikasi industri.
oleh itu, big
data merupakan satu realiti dalam kehidupan manusia sekarang. Setiap hari organisasi dihujani dengan data yang berbagai bentuk,
jumlah yang banyak dan diterima dengan cepat. Fenomena lambakan data ini yang
tidak pernah berlaku sebelum ini memerlukan kita mempunyai kaedah yang betul
untuk mentafsir maklumat yang benar-benar penting dan juga mempunyai kemahiran
untuk membuat analisis terhadap lambakan data tersebut.
Analisis
Data Besar (Big Data Analytic)
adalah
proses memeriksa data yang besar untuk mendedahkan corak tersembunyi, korelasi
yang tidak diketahui dan maklumat lain yang berguna yang boleh digunakan untuk
untuk mentafsir maklumat yang benar-benar penting dan membuat keputusan yang
lebih baik. Analisis Data Besar membolehkan para penganalisa membuat analisis
data yang tidak boleh dilakukan sebelum ini menggunakan kaedah analisis
konvensional.
Untuk
memahami big data mungkin kita perlu melihat kepada hiraki data. Unit data yang
paling kecil dipanggi byte. Untuk
menggambarkan saiz data dalam bentuk byte ini ianya samalah seperti satu huruf
dari 26 huruf A sehingga Z. Unit data yang kedua dipanggil Kilobyte. Data yang
terkandung didalam Kilobyte mungkin bersamaan dengan sebuah buku cerita kanak-kanak.
Unit data seterusnya adalah Megabyte yang boleh digambarkan sebagai novel
remaja. Unit-unit data seterusnya adalah seperti jadual 1.
Unit Data |
Saiz Storan |
Gigabyte |
4,473 buku |
Terabyte |
4,581,298 buku |
Petabyte |
4,691,249,611 buku |
Exabyte |
4,803,839,602,528 buku |
Zettabyte |
4,919,131,752,989,213 buku |
Ahli sains menyatakan bahawa dunia pengkomputeran kini
telah memasuki era Zettabyte.
Terdapat tiga sebab kepada kemunculan fenomena big data ini.
Pertama, pertambahan kuasa pemprosesan komputer seperti yang digambarkan
oleh Moore’s Law. Komputer kini boleh memproses data
yang lebih besar berbanding komputer sebelumnya. Ini membolehkan pengguna
memanafaatkan keupayaan tersebut untuk memproses lebih banyak data bagi
membantu membuat keputusan dan mengurangkan risiko akibat penggunaan data yang
sedikit. Kedua, pertambahan peranti internet yang boleh menjana
data. Sebagai contoh, penyelidik banyak menggunakan alat-alat pengesan
yang bersambung kepada internet yang boleh menjana data secara masa nyata dalam
jumlah yang besar. Faktor ketiga adalah harga storan yang murah
menyebabkan data yang besar boleh diperolehi, diproses dan disimpan oleh
pengguna.
Konsep Big Data mula
terkenal pada awal tahun 2000 apabila Penganalisa industri Doug Laney
mendefinisikan big data sebagai 3V
iaitu Volume, Velocity dan Variety. Volume bermaksud
organisasi mengumpul data daripada perlbagai sumber seperti transaksi
perniagaan, media sosial, alat pengesan dan sebagainya. Velocity pula bermaksud aliran data diterima
dengan kepantasan yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan ianya perlu di
selaraskan pada masa yang tepat. Variety pula
bermaksud data diterima dalam pelbagai format; berstruktur seperti data dalam
pangkalan data konvensional atau tidak berstruktur seperti email, video, audio
dan sebagainya.
Mempunyai data yang banyak tidak membawa apa-apa makna sehinggalah data tersebut dianalisa. Apabila data tersebut dianalisis, ia akan mendedahkan corak tersembunyi, korelasi yang tidak diketahui dan maklumat lain yang berguna yang boleh digunakan untuk untuk mentafsir maklumat yang benar-benar penting untuk membolehkan pengurangan kos, penjimatan masa, pembangunan produk baru dan membuat keputusan secara objektif dan bijak. Apabila data yang besar digabungkan dengan alatan analisis berkuasa tinggi, tugas-tugas seperti menentukan punca kegagalan, gelagat permintaan pengguna, menilai risiko dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan.
Gambar Rajah 1
Analitik data penting untuk mendapatkan gambaran luas sesuatu
proses.
Comments
Post a Comment