VIDEO KEFUNGSIAN TEKNOLOGI BAHARU IR 4.0
1. BIG DATA AND ANALYTICS
Big
data merupakan satu realiti dalam kehidupan manusia sekarang. Setiap hari organisasi dihujani dengan data yang berbagai bentuk,
jumlah yang banyak dan diterima dengan cepat. Fenomena lambakan data ini yang
tidak pernah berlaku sebelum ini memerlukan kita mempunyai kaedah yang betul
untuk mentafsir maklumat yang benar-benar penting dan juga mempunyai kemahiran
untuk membuat analisis terhadap lambakan data tersebut.
2. KESELAMATAN SIBER
Keselamatan siber ialah amalan mempertahankan komputer, pelayan, peranti mudah alih, sistem elektronik, rangkaian dan data daripada serangan berniat jahat. Ia juga dikenali sebagai keselamatan teknologi maklumat atau keselamatan maklumat elektronik. Istilah ini digunakan dalam pelbagai konteks, daripada perniagaan hingga pengkomputeran mudah alih, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori biasa. Keselamatan siber merujuk kepada kaedah pencegahan yang digunakan untuk melindungi maklumat daripada dicuri, dikompromi atau diserang. Ia memerlukan pemahaman tentang ancaman maklumat yang berpotensi, seperti virus dan kod jahat yang lain. Strategi keselamatan siber termasuk pengurusan identiti, pengurusan risiko dan pengurusan insiden. Sekuriti siber penting untuk merealisasikan Revolusi Industri 4.0. Pengguna dan pelanggan mementingkan privasi data mereka dijaga oleh sesebuah organisasi. Apabila data yang banyak disimpan dan boleh mudah untuk diakses, ianya cenderung untuk digodam dan data dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
3. TEKNOLOGI ROBOT
Comments
Post a Comment